Penyanyi genit Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin sudah jadi ahli peniaga di usia 21. Dalam masa yang cukup singkat, Mila berjaya menjadi ahli perniagaan dan bergiat aktif menaikkan nama syarikatnya, seiring kariernya yang semakin meningkat naik.
Mila terpaksa berhadapan dengan situasi itu apabila terdapat desas-desus mengatakan ada pihak yang cuba menjatuhkan syarikat miliknya.
"Syarikat saya masih beroperasi seperti biasa, tiada istilah tutup dan bankrap seperti yang dikhabarkan itu.
"Mula-mula saya mendengar berita itu, saya agak terkejut dan cuba bertenang.
"Saya cuba menjadi seorang yang profesional ketika berhadapan dengan situasi tersebut.
"Saya tahu dan kenal orang yang cuba jatuhkan nama dan syarikat saya itu kerana dia adalah bekas pekerja saya sendiri," kata Mila selepas sidang media "Lagu Berduit" SuriaFM di Studio V, One Utama, Damansara.
"Saya tidak menyangka dia tergamak menjaja cerita mengenai syarikat saya yang dikatakan telah tutup dan bankrap itu.
"Saya percaya dan mengambil dia bekerja dengan saya kerana dia adalah kawan baik kepada bekas pengurus peribadi saya yang dulu.
"Dia bekerja dengan saya hanya enam bulan sahaja, dan telah berhenti kerja daripada syarikat saya pada bulan Jun 2009 tanpa sebarang notis.
Menurut Mila, dia sendiri tidak tahu kenapa bekas pekerjanya itu berhenti kerja secara drastik dari syarikatnya.
"Saya akui sebagai majikan, kita tidak boleh menjadi seorang yang terbaik dan saya selalu memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan dengan pekerja-pekerja saya," kata juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini.

0 comments:
Post a Comment