Nadia Shahrul Annuar, 26, pengacara dan penyambai Wanita Hari Ini (WHI) diperintah menfailkan penyataan tuntutan berhubung permohonan cerai terhadap suaminya oleh Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini. Hakim Syarie, Mejar Ahmad Alwi Embong memerintahkan Nadia Shahrul Anuar, 26, (plaintiff) yang diwakili peguam Azmi Mohd Rais supaya berbuat demikian selepas permohonan cerai yang difailkan sebelum ini mempunyai kesilapan.
Berikutan itu, mahkamah menetapkan 23 Mac depan untuk plaintif mengemukakan tuntutan itu dan membolehkan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyas, 29, yang juga seorang ahli perniagaan memfailkan pembelaan. Terdahulu, Azmi memaklumkan bahawa dia baru dilantik dan permohonan cerai sebelum ini difailkan tanpa mendapat nasihat peguam.

0 comments:
Post a Comment