Feb 24, 2010

Zarina Anjoulie ditahan kerana ambil dadah?

Pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul yang berusia 24 tahun ini enggan menjalani ujian saringan air kencing apabila diarah berbuat demikian selepas ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. Dia ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 8 malam oleh sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan. Turut ditahan seorang lagi rakannya yang berusia 24 tahun. Penolong Pengarah ADDK Sepang, Nani Sikin berkata, ekoran keengganan itu, kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan. Mereka dibawa ke pejabat AADK Sepang untuk tujuan menjalani ujian saringan air kencing, katanya kepada pemberita selepas operasi itu.



0 comments: