Mar 16, 2008

Ashley Alexandra Dupre - High Class Sex Celebrity


Ashley Alexandra Dupre, seminggu lalu hanyalah seorang penyanyi kecil-kecilan dan gadis teman sosial yang mengambil upah menemani lelaki kaya.

Namun selepas Gabenor New York Eliot Spitzer didedah menjadi pelanggannya, Dupre semalaman muncul sebagai selebriti dan kini jutawan.

Menurut laporan media, Dupre sejak pendedahan pelanggan berprofil tingginya itu awal minggu ini, sudah meraih hampir satu juta dolar hasil muat turun daripada internet dua lagunya yang sebelum ini tidak pun diketahui umum.

Lagunya Move Ya Body dan What We Want dibeli oleh dua juta orang yang memuat turunkannya daripada laman web www.amiestreet.com.

Dupre, 22 tahun, mendapat 70 peratus daripada bayaran AS$0.98 (RM3) bagi setiap lagu yang dimuat turun.

Jumaat lalu, lagu Move Ya Body melonjak ke nombor tiga senarai lagu paling popular di laman web itu dan What We Want pula berada pada kedudukan ke lima.

Walaupun Dupre kini menyembunyikan diri, majalah lucah Penthouse dan Hustler, dilaporkan menawarkan wang bagi gadis itu untuk bergambar bogel.

“Dia dijangka mengambil kesempatan itu kerana ia akan melancarkan kerjaya muziknya,” kata pengarang Generation Me majalah online amNewYork, Jean M. Twenge.

Gaya nyanyian Dupre adalah R’n’B, yang menyamai gaya Beyonce Knowles.

Walaupun, beliau tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, laman web beliau dalam MySpace berkata beliau banyak dipengaruhi oleh penyanyi seperti as Etta James, Aretha Franklin dan Whitney Houston.

Berikutan pendedahan Dupre pernah dilangganinya, gabenor New York itu meletak jawatan Rabu lalu.

Sementara itu, peguam Dupre semalam mengecam media yang menggunakan gambar anak guamnya tanpa kebenaran.

Peguam itu Don D. Buchwald berkata anak guamnya itu tidak pernah memberi kebenaran gambarnya yang sebahagiannya dalam keadaan bogel, digunakan oleh media yang berunsur komersial.

Buchwald tidak menyebut akan memfailkan saman terhadap media itu kerana melanggar undang-undang hak cipta, tetapi berkata semua langkah sedang diambil untuk melindungi Dupre daripada dieksploitasi bagi tujuan membuat untung.





0 comments: