Oct 5, 2007

Nilai Pasaran

Nilai pasaran ialah nilai terkini dimana para pelabur boleh membeli dan menjual sesuatu pasangan matawang.

Nilai pasaran ini akan berubah-ubah harganya dan perubahan ini dikenali sebagai "TICKS".

Apabila nilai pasaran ini naik, kita katakan pasaran "BULLISH, sebaliknya jika nilai pasaran pasangan tersebut jatuh, kita namakanya sebagai "BEARISH".

Untuk mendapatkan keuntungan FOREX, kita perlu memastikan dahulu arah pasaran bagi sesuatu pasangan Matawang itu samada pasaran bagi pasangan tersebut "BULLISH" atau "BEARISh".

Jika arah pergerakan pasangan matawang itu menaik atau BULLISH , kita hendaklah membuat TRADE BUY atau juga dikenali sebagai LONG. Sebaliknya, jika arah pasaran menurun, kita mesti membuat TRADE SALE atau juga dikenali sebagai SHORT.

Untuk memudahkan pemahaman, saya akan membuat satu contoh bagi menerangkan apakah BUY/LONG dan SELL/SHORT ini agar anda mudah memahaminya.

Disini kita akan menggunakan contoh barang iaitu EMAS kerana jika saya menggunakan contoh matawang mungkin ada sesetengah dari anda yang mungkin kurang faham lagi..tak mengapa..

Contoh BUY atau LONG:

Sekiranya anda membeli 1 kilo emas hari ini kerana anda pasti harga pasaran emas akan naik esok (andaikan harga emas hari ini adalah $72,000 sekilo).

Keesokkannya , harga emas naik ke $75,000 sekilo. Anda terus menjualnya dan mendapat keuntungan sebanya $2,000. Anda mendapat keuntungan ini kerana anda mengikut pasaran (TRADE WITH TRENDS) iaitu, semasa pasaran naik, anda beli iaitu LONG atau BUY.

Contoh SELL atau SHORT:

Sahabat-sahabat mendengar berita bahawa harga pasaran emas akan jatuh dan harga pasaran minyak dunia pula yang naik mendadak (harga minyak dan emas saling bertentangan sebenatnya). Maka, anda mengambil keputusan untuk SHORT atau SELL atau untuk lebih senang lagi "Jual dulu, beli kemudian".

Maka anda terus menjual emas (anda boleh menjual walaupun belum memilikinya!) pada harga $75,000 sekilo.

Keesokkan harinya , memang betul harga emas jatuh ke $65,000 sekilo dan anda membelinya dengan menggunakan hasil jualan emas semalam ($75,000). Maka anda telah mendapat keuntungan sebanyak RM10,000 !.

"Contoh ini saya berikan hanyalah sebagai memudahkan pemahaman anda sahaja"


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Buka akaun forex sekarang dan dapatkan ganjaran USD5 percuma! Deposit Minima USD1!


0 comments: